Thursday 4 August 2011

Stress

Apa itu stress?

Kalau nak ikut teori stress atau tekanan perasaan adalah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpa.
Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran atau pun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari. Ada tekanan yang baik lagi positif dan ia nya di namakan 'eustress' dan ada juga yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai 'distress'. Lebih bagus kalau stress yang positif la, kerana ia boleh menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberi tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.

Apa yang berlaku ketika kita stress?

Haa..ni nak bagi tau nih, bila kita stress, badan akan mengeluarkan satu hormon ransangan yang bernama 'adrenaline' kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa lagi hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat untuk mengepam lebihan darah ke[ada otak, otot dan jantung, gula, lemak dan begitulah seterusnya (ini yang menyebabkan orang sakit jantung dan darah tinggi).

Apakah tanda-tanda stress?

Boleh dikategorikan kepada empat bahagian:
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

Penyakit berpunca daripada stress.
1. Sakit jantung.
2. Insomnia atau susah tidur
3. Kencing manis
4. Gastrik dan ulser
5. Infeksi atau jangkitan kuman
6. Asthma

Cuba kita lihat pada firman Allah:


"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kedapa-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)

Lepas ni jangan-jangan la stress sangat, nanti kita akan di datangi oleh penyakit yang tersenarai di atas tuh, yang pasti senyum dan banyak beristifar ye.

No comments:

Post a Comment