Sunday 8 July 2018

Malaysia Baru 2018

Alhamdulillah.. dah lama tak update blog ni, maklumla busy sampai tak sempat nak menjengah.
InsyaAllah saya akan kembali aktif mengupdate semula blog yg lama dah bersarang ni denganpelbagai cerita, susah senang dalam kehidupan seharian.

Semoga anda semua stay tuned dgn saya.

Terima kasih.

Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Sudah menjadi tradisi, menjelang Aidilfitri ia akan diserikan dengan ucapan yang akan memeriahkan lagi suasana menyambut Hari Raya.


Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.


Monday 2 June 2014

Assalamamualaikum dan Salam Sejahtera.

Haaa.. apa aku nak cerita kali ni...? dah lama tak update blog ni...maklumla busy sgt... any idea?..

Diam tak diam, dah nak dekat puasa.. rasa sat sangat masa berlalu, betui tak? Dunia la ni semakin pantas dok berjalan, tinggal kita di belakang..tak bagi amaran plak tu, takdak dah nak bagi tau kita. 

Mai pakat sharing cerita hangpa pasal puasa kat sini, bukan apa banyak perkara menarik yang berlaku ketika puasa, tak kira la dari kita kecik sampai sekarang dah besaq ni... ada yang pernah ponteng, ada yang dok buat itu dan buat ini, ada yang rajin pi meniaga ayaQ kat bazar ramadhan, ada yang suka dok pi melepak kat bazar ramadhan.. pe kata mai pakat sharing pengalaman hang pa semua kat sini.

Hehehehe.... silakan...

Friday 30 August 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Let us all Malaysians do not forget how it all begins. Without the older generations fighting hard for this country, there is no peace that we all enjoy today. Despite the hatred and sarcasm that i read in some of my friends posting in FB about our country, yet we are still here. No matter how far i travel the world, in foreign country Malaysians regardless of race find a common ground just because we are Malaysians. We miss the same food and we miss the place we call home, where our families are Happy Independence Day Malaysia!

Friday 2 August 2013

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 2013

INFO :
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami.", dan juga riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI SAYA UCAPKAN KEPADA SAHABAT DAN TAULAN. AMPUN MAAF DI PINTA JIKA ADA KEKASARAN DAN KESILAPAN YANG TELAH SAYA LAKUKAN SELAMA INI, SEMOGA IA MENJADI IKHTIBAR PADA DIRI. 
PADA YANG MEMANDU PULANG KE KAMPUNG HALAMAN, BERHATI-HATI, BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT. SEKIAN"

Thursday 1 August 2013

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


























Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Wednesday 12 June 2013

MyGMJ 2013 MERIAH, SOKONGAN PADU PEMBEBASAN JERUSALEM


SHAH ALAM -  Sekitar 3,000 orang memenuhi Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 7 Jun 2013 menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pembebasan Jerusalem dan Palestin dalam program kemuncak Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ).
Majlis turut dihadiri oleh Exco Selangor, YB Rodziah Ismail, ADUN Taman Medan, YB Haniza Talha, para pimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia (VPM), Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Persatuan Mawaddah Malaysia dan al-Quds Foundation Malaysia (QFM), yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran MyGMJ.
Dalam ucapan pembukaan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif katanya, Baitul Maqdis masih lagi ditawan, tetapi waktu pembebasan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis amat dekat.
“Buktinya adalah perjuangan pada malam ini (GMJ), di sini dan 40 buah negara di seluruh dunia.”
Tambahnya, pada saat yang sama, di waktu yang sama, ada perhimpunan GMJ di Gaza, Kaherah dan banyak bandar-bandar utama di dunia, melaungkan bahasa kemenangan dengan slogan yang sama iaitu “From the river to the sea, Palestine will be free.”
Selepas solat Isyak berjemaah, Konvoi Membebaskan Palestin seramai lebih 130 peserta daripada 7 kelab bermotor melalui dataran dan menyerahkan bendera Palestin kepada Pengerusi MyGMJ, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, sebagai sokongan terhadap pembebasan Palestin.
Majlis yang dihoskan oleh DJ Idris dan pengacara TV Al-Hijrah, Iman Dzulkefly diteruskan dengan ucapan Pengerusi VPM, Dr Musa Nordin yang juga Timbalan Pengerusi MyGMJ.
“Ini adalah GMJ kita. Ini adalah jiwa dan raga kita bersama untuk Palestin, untuk keamanan, kerana Jerusalem adalah kota keamanan dan keagamaan yang bersejarah.
Selama berabad, penganut Islam, Kristian dan Yahudi tinggal secara aman di Jerusalem. “
Tambahnya, kerana  itulah kita ingin mengembalikan ketenangan dan keamanan kepada Jerusalem, di seluruh dunia.
“Kemanusiaan sedang berhimpun hari ini ke arah keamanan Jerusalem,” ujarnya.
Seterusnya, hadirin mengikuti lintas langsung sambutan GMJ di Kaherah, Mesir oleh wakil delegasi Kelab IKRAM Mesir, Akrom Shamsuri.
Pengarah NGO Palestin di Malaysia, PCOM, Muslim Imran turut berucap menyampaikan penghargaan rakyat Palestin terhadap kesungguhan rakyat Malaysia membantu mereka.
Dalam ucapan Pengerusi MyGMJ, Dr Tahir, katanya, kita berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk membawa impian dan harapan agar keadilan berlaku dan kewujudan bersama secara aman sekali lagi, yang akan menjadi wajah sebenar Jerusalem.
“Malam ini, buat kali kedua kita meraikan hari harapan, bukan sahaja untuk Palestin, tetapi juga untuk semua kemanusiaan termasuk kita, rakyat Malaysia,” tambahnya.
Seusai ucapan, lagu Tell Me Why didendangkan oleh para pelajar Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE). Artis Universal Music, Jes Ibrahim seterusnya menghiasi malam MyGMJ dengan lagu Keamanan. Beliau yang pernah ke Gaza pada Januari lalu, turut mempersembahkan lagu We Will Not Go Down dengan gaya tersendiri.
Puisi syahdu Tidurlah Anakku Palestina turut dideklamasikan oleh Ibu Azlin dan Suhaila daripada Rose2Rose sebagai menghormati dan mengingati perjuangan serta kesabaran para ibu di Palestin membesarkan anak mereka dalam keadaan peperangan.
Seterusnya persembahan Mu’adz dan kumpulan gendang Hafiz menggegarkan dataran dengan nasyid Arab, Nada al-Masjid dan lagu beliau sendiri berdasarkan hadis tentang segolongan pejuang di jalan Allah di sekitar Baitul Maqdis,Amrullah.
Malam MyGMJ tidak lengkap jika tidak ada bacaan puisi bersahaja oleh Pak Agi. Beliau telah mempersembahkan puisi berlagunya yang bertajuk Palestin Tidak Boleh Mati di mana tajuk ini dilaungkan semula oleh para hadirin setiap kali Pak Agi menyebutnya.
Sebagai penghargaan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, tarian tradisi Palestin, Dabka dipersembahkan dengan penuh bertenaga oleh para pemuda Palestin di Malaysia. Hadirin turut mengikut lintas langsung sambutan GMJ di Gaza oleh Ketua delegasi Malaysia, Ustaz Abdul Haris Bain.
MyGMJ dimeriahkan lagi dengan persembahan Yasin dengan lagu ciptaan beliau semasa bersama kumpulan nasyid Brothers,  Satu Perjuangan, sebagai mesej kesatuan perjuangan ke arah keamanan di Palestin.
Lagu Gemuruh pula bergemuruh pada malam MyGMJ nyanyian Faizal Tahir diiringi dengan flash mob oleh 80 pelajar IPT. Yasin dan Faizal Tahir juga buat pertama kali bersama mempersembahkan lagu terbaru mereka, Berani.
Biarpun hujan renyai sejak jam 11.00 malam, hadirin tidak berganjak mengikuti persembahan bertenaga flash mobdengan lagu We Will Not Go DownGelombang Keadilan dan Stand Up yang turut dinyanyikan oleh Mu’adz.
Malam MyGMJ berakhir dengan selawat beramai-ramai, mendoakan keberkatan serta pembebasan Baitul Maqdis dan Palestin. Tahniah kepada penganjur dan para hadirin yang memberikan sokongan padu. Bertemu lagi dalam MyGMJ 2014, insya-Allah.