Wednesday 3 August 2011

Facebook

Facebook ni dah lama ada dalam internet. Itulah dunia komputer dan internet kita ni, setiap hari ada saja ilmu dan teknologi baru, canggih yang diperkenalkan sampai kita sendiri tak mampu nak follow jejaknya.






















Facebook ni juga merupakan salah satu laman sesawang (laman web) sosial secara online melalui internet yang mana kita sendiri dapat membentuk komuniti dan mengundang kawan-kawan untuk menyertainya. Dengan komuniti yang di bentuk, dapat kita mengikuti perkembangan semasa dengan kawan-kawan, kongsi gambar, kongsi video, kongsi kegembiraan, kongsi kesedihan dan macam-macam lagi la yang boleh di kongsi, tapi jangan kongsi benda yang tak sepatutnya sudah.
Selain itu dengan adanya facebook ni, dapat juga kita mempromosikan laman sesawang atau blog kepada orang lain yang ada dalam komuniti yang ditubuhkan, tapi kena juga beringat, sekirany kita menggunakan apa saja perkhidmatan secara online, jangan la terlalu percaya dengan mengisi maklumat yang terlalu peribadi, bukan apa takut-takut nanti berlaku sesuatu yang tak baik.


Okay lah, tak nak cite panjang-panjang pasal facebook ni, lagi pun anda mesti dah tahu kan, tapi bukan apa cuma nak ingat-mengigati, supaya kita lebih berwaspada.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment