Wednesday 3 August 2011

Cerita Pasal Blog

Apa itu blog dan apa yang anda tahu pasal blog?


Secara mudahnya, blog adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan pada sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari.
Konsep blog adalah sama seperti buku diari harian.


Perbezaan ketara blog dengan laman web adalah, setiap kali anda 'update' atau masukkan artikel yang terkini akan berada di atas dan yang lepas akan berada di bawah, apa orang panggil 'reverse chronoligical order'.


Selain itu, blog juga adalah sebuah laman web yang perlu dikemaskini, diurus dan dijaga dengan baik. Namun, ciri-cirinya membuatkan ia berbeza dengan jenis laman web yang lain seperti laman web statik atau jenis CMS (content management system).



Apa pula istilah asas blog ni?

Istilah asas yang perlu anda tahu adalah: Aktiviti megemaskini atau mengurus blog dinamakan sebagai 'blogging', manakala pemilik atau penulis di blog tersebut pula dikenali sebagai 'blogger'. Manakala tulisan yang ditulis oleh blogger di blog di rujuk sebagai artikel. Perkataan blog itu sendiri adalah kata kerja (verb) di dalam bahasa omputih la, bermaksud satu kerja (aktiviti) mengemaskini atau menguruskan blog.



Apa kategori blog plak?

Kena tahu ni, kategori blog secara asasnya boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1. Business Blog
2. Personal Blog
3. Contents Blog

Bagi kategori yang pertama tu, khusus untuk perniagaan, fokus kepada bidang jualan produk atau khusus untuk perniagaan.

Bagi blog kedua tu, adalah blog peribadi, fokus kepada satu topik yang khusus dan bukan untuk perniagaan. Blog jenis ni mengandungi aneka ragam tulisan, dari hal-hal peribadi, gosip dan pandangan.

Untuk blog ketiga pulak di wujudkan semata-mata untuk mendapatkan pendapatan dari program tertentu seperti program affiliate dan google adsense. Blog jenis ni biasanya mempunyai topik tertentu dan akan memberi manfaat kepada pembaca atau pelawat.

Okay itu lah serba sedikit cerita pasal blog yang dapat saya kongsi bersama, kadang-kadang tu, ada yang tak tahu apa itu blog?, jadi di sini saya menceritakan, kalau salah tolong la perbetulkan ye kawan di luar sana.

PEACE no WAR!!!

No comments:

Post a Comment