Tuesday 2 August 2011

Cerita Pasal Puasa

Puasa, secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri.
Dari segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan dan minum untuk suatu jangkamasa tertentu.


Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Umat islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolah ansur sesama sendiri.
Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Itu lah serba sedikit penerangan tentang apa itu Puasa. 


Sekarang ni saya nak cerita pula pasal puasa dulu-dulu.
Time kecil-kecil dulu memang payah sangat nak puasa, liat nak puasa, tak tahan dengan puasa, sampai separuh hari mula la cari makanan kat dapur, teringat masa kat kampung bila datang je bulan puasa, teringin macam-macam makanan, tambah-tambah ABC..pergh meleleh woo, itu lah satu-satunya makanan yang aku tak boleh tahan tengok.


Masa tu budak-budak lagi apa tau sangat, selalunya Mak/Abah selalu umpan dengan duit, kalau puasa penuh Mak/Abah bagi RM50, kalau puasa kurang Mak/Abah bagi kurang, biasa la tuh untuk kita juga kan, disuruh belajar berpuasa. Dah la dapat duit Puasa dan dapat lagi duit raya, wah bertambah kaya la masa tuh, seronok betul tapi bila dah besar kena pula bagi duit raya, alangkah seronoknya hidup ni kalau pandai mewarnakannya.

No comments:

Post a Comment