Saturday 30 July 2011

Tentang Kerjaya

Assalamualaikum dan salam ceria,

Bagaimanakah rutin harian anda?

Sekarang saya ni bekerja makan gaji sebagai seorang creative designer exec, rutin harian saya adalah seperti berikut :

6.00pagi : Bangun dan siap-siapkan diri

7.00 pagi : Dah gerak menaiki moto menuju ke office

7.45 pagi : Singgah beli sarapan (jika wife tak sediakan sarapan)

8.00 pagi - 4.30 petang : Kerja

Kena berhadapan dengan orang yang bad mood, berfikiran negetif, suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang.

Kalau takde kerja, kena buat-buat sibuk. Rasanya anda pun tahu yang buat-buat sibuk adalah jauh lebih penat dan lebih stress daripada betul-betul sibuk.

Kadang-kadang, kerja yang tak masuk akal pun ada, nak kena stay back sampai ke malam, tapi hapa pun tadak, bukan kata nak dapat bayaran lebih masa, jadi buat keje amal je la..hehehehe.

* Kenaikan gaji tahunan : Jangan harap la nak naik, tak tahu la apa dorang pikir

* Bonus : Dalam mimpi je la, mampuih company nak bagi bonus

* Overtime : Langsung tak bayar, cuma kalau kerja sabtu ahad je bayar , itu pun elaun.

5.00 petang : Gerak balik

Kalau jem, memang rasa tension sangat, tapi apa nak kesah saya naik motosikal, takde la jem bagi saya.

Masa bulan puasa plak nanti, lagi teruk jemnya kerana semua warga KL/Selangor  especially Muslim berlumba-lumba pulang untuk sampai ke rumah cepat, ya, nak masak lagi untuk berbuka, nak singgah pasar ramadhan lagi dan macam-macam la, nak tak nak tempuh aja puasa dalam jem. Pesanan dari saya, siap-siap kelengkapan untuk berbuka di dalam kereta.

5.45 petang : Sampai rumah, amik anak di Taska.

8.00 malam : Makan, tengok anak buat keje sekolah, tengok tv

10.00 malam : Tidur.

Kesimpulan : Ikut saja apa yang boss suruh kalau tak nak hilang pekerjaan dan kena la bersyukur pada Allah yang memberi kita rezeki.

No comments:

Post a Comment