Friday 29 July 2011

Malaysia Tanah Tumpah Darahku

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang telah bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh bermain bagi melayakkan diri ke pusingan ke-3 Piala Dunia 2014, walaupun pasukan negara gagal tapi semangat pemain-pemain dan penyokong amatlah memberansangkan dan terbaik. Oleh itu, buat pasukan Harimau Malaya, teruskan usaha anda semua untuk masa akan datang. Kami sebagai penyokong, tetap akan memberi sokongan tidak kira dimana pasukan ini bermain. 
Terima kasih Harimau Malaya!
Okay disini saya tidak mahu bercerita panjang, sekadar mahu bersama-sama merayakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.
Pada umumnya sudah bertahun bumi bertuah ini bebas dari cengkaman penjajah. Terima kasih ditujukan buat semua sang wira yang bermandi darah dan keringat serta berkorban nyawa dan harta benda demi sebuah kemerdekaan. Ya, anda semua akan terus kekal menjadi wira dalam hati kami dan kekal bersemadi dalam lipatan sejarah bangsa.
31 Ogos 1957, adalah hadiah tidak ternilai buat kita warga Malaysia, kita bangsa Malaysia, bangsa yang sangat unik, jadi marilah bersama kita kukuhkan jati diri bangsa Malaysia biarpun kita berbeza agama dan warna kulit kerana Malaysia ini tanah air kita.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



No comments:

Post a Comment