Thursday 18 August 2011

Cerita Pasal Hari Raya

Ramadhan sudah berlalu, sebulan kita ni berpuasa... Dah tiba Syawal... Eh, mana raya lagi lah! tapi sedar tak sedar atau tak sedar diri, Ramadhan sudah hampir sampai penghujungnya. Hari Raya pun bakal menjelma, tapi rasa pilu, sedih dan syadu pun ade kerana kita sudah ingin meninggalkan Ramadhan yang mulia ini, sebab banyak perkara yang best-best ada pada bulan Ramadhan dan bulan lain takde macam ni.


Lepas ni, dah tak leh bangun awal nak bersahur, kalau nak bersahur kena tunggu tahun depan plak la..kekeke. Rindu plak rasanya nak pergi solat tarawih di Surau/Masjid, dengan suasana hinggar binggar budak di luar surau (nampak sangat tak kusyuk solat) kakaka... dan macam-macam lagi la yang best dibulan Ramadhan ni, dah takde pasar ramadhan tinggal lah pasar malam je nanti..


Gambar raya tahun 2010 di rumah aku di Jasmin Apartment, Subang U5. Tema baju raya tahun lepas sedondon warna kelabu...hahaha. Gambar beramai-ramai bersama adik-beradik, semuanya berkumpul di rumah saya, dan inilah gambar hari raya terakhir bersama ayahanda tersayang, tahun ini ayahanda tidak lagi bersama kami beraya kerana ayahanda sudah pergi meninggalkan kami...aku masih ingat lagi semasa tu ayahanda ada cakap "cepat tangkap gambar, tahun depan dah tak sempat".. memang betul apa yang dicakapkan oleh arwah. Jadi pada pembaca blog saya, mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment