Friday 4 November 2011

PROGRAM GEGAR IPOH 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Bertemu kita lagi kali ini setelah sekian lama tidak 'update' blog ni, tapi tampilnya saya kali ini untuk berkongsi pengalaman yang terbaik setakat ini.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua SYM Owner Group yang menyertai Program Gegar Ipoh (29 Oktober 2011) bersama pemilik SYM. Anda semua adalah yang terbaikkkkkk.. InsyaAllah, selepas ni (Pemilik SYM) akan mengegar sekali lagi pada tahun hadapan 2012 dengan lebih hebat, terbaikkk dan lebih mengegarkan.

Tidak lupa juga kepada semua Ketua Kumpulan, Nizam, Md Romziey, Kia, LanKing, Kayrol, Ismail, Abikhalid, DesFoo, Pak Su, Razif SYM Owner dan lain-lain dengan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka kerana begitu mantap mengawal perjalanan sehingga la tiba di tempat kejadian (IPOH).

Million thanks to all participant.


Pernah berkonvoi Motosikal?


Sebenarnya aku bukan bercuti ke Ipoh. Yang sebetul-betulnya aku mengikuti program gegar ipoh. So Pagi sabtu tu aku berkonvoi ke Ipoh dengan Motosikal SYM VTS 200, dengan bilangan 178 buah semuahnya.


Sebelum ni pernah jugak berkonvoi tapi tak terasa seletih cam sabtu baru ni. Mungkin faktor kejar mengejar marshall yang menjadi kepala rombongan. Ya la kami ni tak tahu jalan so terpaksa la follow orang yang tahu jalan kan. Bila dah marshall rombongan laju memecut nak tak nak kena la memecut jugak kalau tak, mahu nya ketinggalan.


Lagi pun kami ikut highway, tak ikut jalan biasa, faktor tak biasa dengan konvoi motosikal dan tempoh waktu perjalanan yang lama tu jugak menambahkan keletihan. Mula-mula berkonvoi semua ikut jalan yang sama, lalu PLUS dari RnR Jejantas Sg. Buloh - RnR Tapah - Stesen minyak Caltex Tambun. Walau ada yang ketinggalan tapi still boleh catch up lagi.


Nak cerita pasal konvoi sabtu tu pun rasa letih, korang yang membaca pun mesti boleh rasa letih jugak kan? Bila dah main follow-follow ni, bila motosikal yang jadi leader tu tersalah jalan, yang duduk kat belakang ni pun ikut salah jugak (tak pernah jadi time ke Ipoh tu).


Bukan senang nak dapat menyertai aktiviti semacam ini, dapat mengumpul 178 pemilik motosikal SYM semuanya dari utara sampai la selatan, dengan 1 matlamat bagi mengegarkan Bandaraya Ipoh bersama Datuk Bandar. Ini lah pengalaman yang paling best aku join, bukan sahaja dapat kenalan baru, malah dapat bertukar-tukar pendapat mengenai minat yang sama.


Korang pulak ada pengalaman berkonvoi?




No comments:

Post a Comment